Tuesday, 13 May 2014

Perth, Australia - Part 2




Hai korangggg!!..hee…tunggu aku kan…ari ni aku start awal sikit dari semalam psl cuti pastu takde ape nak buat. Terus on Pc dan mulakan kembali pengembaraan kita…weeee..

PERTH, AUSTRALIA (PART 2)


Masuk hari kedua 20/10/2011…kitorg plan jalan pusing keliling bandar naik bas…free kot…daripada sakit tapak kaki nak menapak macam semalam…baik gunakan pengangkutan yang sedia ada...hee…by 7am tu kami da get ready…toilet sharing dengan room mate bilik lain..tapi disebabkan kami bangun awal dari mereka…jadinya boleh la mandi dulu dengan gembira…lalalalala


breakfast kat pantry…wat air kopi pastu kitorg goreng megi…goreng kat dapur diorg tu sambil mata-mata orang putih di sekeliling dok pelik ‘apo bondo la diorg ni dok buek!!’….mungkin itu kata-kata yang bermain di fikiran diorg…hahahaha..siap makan pagi…lepak jap sebab kalo keluar awal pun kedai tak bukak lagi….dalam kul 9 pagi tu kitorg gerak keluar..





Jalan ni menuju ke stesen bas…sambil jalan snap gambar lagi..hee



Kak awin tengah tengok laluan bas…kitorg plan pusing keliling bandar pastu stop kat salah satu tempat attraction kat bandar perth.

Kitorg listkan beberapa tempat untuk hari ni…1. The Sterling Garden 2. The Bell Tower 3. Swan River ngan 4. King’s Park. Nak pegi ketiga-tiga tempat ni naik bas yang sama je..tak berapa nak jauh dari satu tempat ke tempat yang lain kecuali King’s Park tu….yang tu kene naik bas lain…. Tapi sebelum start pegi The Sterling Garden tu, kitorg singgah masuk bandar jap….

Masa ni orang masih tak ramai sebab mungkin kami keluar awal sangat…hee…bukan ape…rugi rasenye keluar lambat kat tempat orang ni…bukan boleh datang selalu pun…pastu kene menapak ke stesen bas…timing bas pun kitorg tak tau pukul berapa..jadinya nasib baik la kitorg keluar awal…hee

Chehhh…papepun amek gambar dulu…kat bus stop pun jadikk…haha


aku,is dan kak awin di stesen bas..


kak yus, is ngan kak awin..


Suhu kat sini lebih kurang 13 ke 15 darjah celcius....sejuk tuuuu...tapi ko tengok la kakak-kakak aku ni...tanak pakai sweater pun....degil dah besar-besar nih!!..kan dah sejuk...sib baik tak demam....darah pahlawan betol diorg ni...hahahaha


Sampai-sampai kat Sterling Garden, amek gambar dulu kat pintu gate dia….bukti…hahaha…dalam garden ni takde pape pun…taman yang ada pokok-pokok besar dan lama…mungkin sebab taman ni dah lama ada kat bandar ni…



Ni depan pintu masuk Stirling Garden.

Stirling Garden

posing di taman gitu..kat taman tasik shah alam pun aku tak amek gambar cenggini..hee


ni bukan bank aku..tapi lantak la....citibank besar ni...hahaha

Stirling Garden

banyak pokok yang besar camni...dah tua da pokok ni aku rasa..

Dari Stirling garden ke Bell tower dalam 10 minit gak la kitorg berjalan…pastu tak naik pun tower tu sbb belum bukak masa tu…amek gambar tower pastu lepak jap kat situ tengok view Swan River.


Bell Tower


Jalan-jalan jap sekitar taman, snap beberapa gambar pastu kitorang teruskan berjalan ke Bell Tower. Masa kitorg sampai kat Bell Tower, diorang akan mengadakan satu festival sempena Deepavali time tu kat Swan River yang berhampiran….terperanjat pun ada sebab diorg buat festival sempena deepavali kot…ingat Malaysia ngan India je yang buat…hahaha…aku rasa mungkin ramai kot penduduk dia yang beragama hindu…pastu kitorg pun takde la nak fikir sangat pun…hee


Bell Tower


Bell Tower ni bebetol berdepan ngan Swan River tu…jadinya kami cuma perlu berjalan ke depan untuk sampai ke sungai tu….hahahah..gaya macam la sebatu sungai tu kann…masa tu cuaca agak terik tapi sejuk…jadinya kami takde la berpeluh sebab angin sejuk tu kuat gak…tak tahan terik matahari tu je…kitorg kejap je kat situ…amek-amek gambar pastu terus pegi ke stesen bas untuk ke tempat attraction utama di perth ni iaitu King’s Park….


Swan River


Nak pegi ke King’s Park ni agak jauh sikit dari bandar…kene naik bas…tapi kitorang ni punye la eksyen nak jalan kaki sebab ingat dekat….menangis menapak…sampai kat Park tu terus pengsan sekejap…hahaha….moral of the story ~ Malu Bertanya Mati Menapak!!~…

Akibat salah jalan, kitorg terpaksa mendaki bukit ~diorg dah buat tangga~…jadinye kene naik tangga tu dalam 20 minit…….aku tak sempat nak kira bape anak tangga….tapi gaya macam naik tangga kat batu cave tu haaa!!..perghh..dah la badan tak fit!!...memang nak meletup jantung aku ngepam darah…huhu…

King’s Park ni kira macam tempat wajib pegi la…taman dia besarrrr sangat…pastu sebenarnya kat situ takde la apa pun…. ia agak terbuka dan banyak pokok-pokok besar dan cantik…taman tu pun mmg sangat terjaga..pastu kat taman tu ada banyak tugu-tugu peringatan kematian yang di sebut kat situ ‘The Bali Memorial’…sesuatu telah berlaku di bali Indonesia pada tahun 2002… yang mengorbankan seramai 88 rakyat Australia, dan tugu kat situ dibina bagi memperingati kematian mereka…



King's Park


Cantik la park diorg ni...bersihh…Nampak la penduduk kat situ dok melepak-lepak kat taman…diorg wat piknik..ada yang dengan anak beranak..ada yang dengan kawan-kawan…ada yang dok berlari-lari ngan anjing bagai…huhu…




besar taman diorg ni...tengok ada gak pelancong-pelancong lain yang dtg ke taman ni selain kitorg...

coffee shop


Kitorang jalan-jalan sekitar taman tu…pastu kat situ ada coffee shop, lepak situ sambil minum kopi…sejam kat situ, kitorang singgah jap kat taman bunga sebelah King’s Park tu….sambil lalu terus ke stesen bas…kitorang amek keputusan untuk balik turun naik bas dan bukan menapak seperti datang tadi….hee…~serik dah nak ulang kesilapan untuk kali yang kedua~…ngehngeh…agak lama jugak la tunggu bas kat situ…bas datang selang setengah jam…mase tunggu tu ada la sorang dua makcik tua yang dok menunggu sama bas ngan kitorg…senyum je la ngan makcik tu…hahaha…Dari jauh dah nampak kelibat bas…yeayy!!...senang hati terus naik…hahaha…

15 minit dalam bas tu, kitorg sampai kat tengah-tengah bandar…sampai bandar pun da petang…kitorg masuk shopping kompleks kat situ pegi kat hypermarket dia…best giler wa ckp hypermarket dia ni…macam jaya grocer tu tapi lagi besar la….tengok buah-buahan dia memang geramm…hee…yang paling lawak, beli buah kat sini timbang dekat kaunter…yang aku ngan is beriya la pegi carik mana kaunter timbang…pastu time nak tanya, hilang ingatan pulak sebutan timbang dalam English…aku bantai cakap melayu!!..hahahaha…tu la berlagak tak bawak kamus!!...timbang in english pun tak tau….lawak..lawak…hahaha….aku ngan is ketawa cam nak mampus dalam hypermarket tu sbb rase lawak sgt kot….korang tau ke timbang dlm English ape???..tak tau kann!!...aku pun takk…hahaha!!...tp dapat gak la kitorg beli buah epal tu…besar dan sedap la pulak buah tu bila kupas dalam bilik…hee…menyesal la kalo tak jadi beli…owhh…dan kami beli megi lagi…hee…selesai dah membeli belah tu kami pun berjalan pulang ke bilik...fuhhh


Selesai untuk hari kedua kami…hee…untuk hari yang ketiga keesokkan harinya, kitorg akan pergi ke Freemantle ..destinasi hari ketiga kitorg kene naik train dalam setengah jam…

Masuk part 3, aku sambung kemudian la ek…korang macam biasa…tunggu aku tau…hee..mgkin jumaat malam aku update hari ketiga aku tu…best tau Freemantle tu…nnti aku show off kat korang market kat situ…hee…bye utk part 2…see u guys di Part 3…muahhh!!





No comments:

Post a Comment