Part 1
Ke korea ke kita??hee
Assalammualaikum semua…#muahciked korang…
Thanks sbb korang sudi lagi nak bersama-sama
aku dlm merentas dunia dg bajet rendah…hee
Utk destinasi aku yg seterusnya,aku bersama 2
lagi sahabat setia iaitu kak yus & yulan memilih egara Korea utk destinasi
percutian kami yg seterusya…masih lagi kekal sbg bagpackers…kitorg nak try
kekalkan konsep tu sbnrnye memandangkan bila dah dikira-kira…mmg lagi murah
travel bagpackers style ni…murah dalam 40% gitu la…giler korang tanak kalau
murah lagi 40 persen tuhh!!…
Ok…mula-mula mcm biasa…4 bulan sblm ke
destinasi, kitorg beli tiket..masa survey-survey kat airasia tu kununnye nak
tengok-tengok aje…sekali ‘TerBeli’ la pulakk…ahahaha…lepas dah beli, siap boleh
terperanjat pulak bila nampak perkataan “BOOKING SUCCESFULL”
tu….ahahahahaha…siap ketawa terbahak-bahak macam org giler…macam tak percaya la
nak ke Korea ni…hee
Benda pertama yg aku beli lepas beli tiket tu
adalah BUKU PENTERJEMAH KOREA…ahahaha…start menggilakan diri tengok pelbagai
jenis drama korea…layan Running Man 24 jam!!..siap dah kenal semua ahli RM
tuuuu…tau dah diorg tu suka apa,perangai camane,umur berapa pastu macam-macam
lagi laa…tukar ringtone lagi korang tau!!..ahahaaha…kenangan manis semua tuuu..
2 bulan pertama kitorg rilek je…dlm masa tu
jugak ada penambahan ahli utk kami ke Negara Kpop tu iaitu Kak Vin…hee…ahli
paling last minit…dan ahli yg bawak paling banyak duit!!kehkehkeh…sebulan sblm
nak pergi tu, kitorg pun start la tengok peta korea…termasuk layan running man
setiap masa tadi tu tambah lagi setiap minggu lepak kat Mcdonald sampai pukul 2
ke 3 pagi, search dan google ape attraction yang paling best kat sana…
Disebakan kitorg buat sendiri semuanya dan
tidak mengambil sebarang ejen, banyak tempat yg kitorg rasa macam
menarik…tempat pertama yg menarik perhatian adalah PULAU JEJU…bila baca-baca
blog yg lain kata tempat wajib pegi…memandangkan kami akan Arrived ke
Seoul…Jeju Island merupakan tempat yg agak jauh jugaklah…kene naik domestic
flight 2 jam utk ke sane tu…
13 hari ke korea, kami stay 3 hari 2 malam di
Jeju Island dan habiskan selebihnya di Seoul saje..untuk 3 hari ke Jeju island
tu, kitorg amek domestic flight ke sane..harga flight dalam RM195 sorang…
Easter Jet
So….itinery kitorg bermula dgn Seoul – Jeju
Island – Nami Island – Sindo Island-Seoul kembali…selesai pilih tempat, kitorg
carik hostel..untuk trip 4 org mmg amat sesuai utk duduk kat hostel ni selain
dari hotel…bukan ape, bila dah baca macam-macam ni katenye amat susah untuk
mendapat makanan halal kat sini..kami memilih hostel supaya senang nak main
masak-masak…hee
Pastu difahamkan kat sana tu lebih mudah
kalau nak bergerak dari 1 tempat ke 1 tempat guna pengangkutan awam…kitorg pun
tgk gak peta subway diorg…mmg berbelit-belit..mcm subway kat jepun tuh
haa…hebat2..
Dalam pada buat itinery tu, kitorg kene
shopping baju sejuk sbb weather kat sana masa tu mencecah sehingga -4 darjah
celcisus..gila tak menggelupur…ahahaha…mmg boleh beku la wehhh..
2 minggu terakhir kami mula memborong…pegi
Uniqlo la,Universal Traveller la…pastu paling best ada 1 kedai best kat ampang
nama Kok Koong Traveller…kat situ boleh dpt pelbagai baju sejuk dgn harga yg
not bad laa…murah lagi dari UT tu…huhu
Kitorg borong baju sejuk pastu gi sunway
pyramid beli kasut pulakkk…nak main salji kat Pyongyang kann…takkan la nak
pakai kasut sport..tak sesuaii gituhh..hee..ada bajet,boleh la beli…kalau tak
mmg aku bantai sarung je kasut gym..hee..aku beli kasut aku kat Universal
Traveller..ada sales masa tu…jimat la beli belah time sales..
Pastu seminggu lagi nak pegi tu, kitorg mula
memborong makanan utk dibawa ke sana…peruntukan sorang RM100…kami berempat gi
Giant utk beli-beli brg makanan tu sbb kat Giant je byk jual yg rending-rendang
ngan kari Berahim tu..banyak pilihan la kat situ…tak termasuk serunding yg aku
beli kat Pasar Jawa dlm sekilo camtu…ahahaha
Okehh…2 hari sblm pegi,kitorg pun mula la
packing pape yg patut…tak sesabar dah menunggu hari yg bakal tiba…ehehehehee
Tarikh 19/03/2013 kami pun berangkattt…weeee…depart
dari KLIA kul 0130am..arrived di Incheon Airport pukul 0800am…
Nak jugak amek gambar..hee..excited wehh
yulandari
Arrived je kene naik train utk claim luggage
Nak ke terminal
Nampak tak ‘bagpackersss, style la sangat
kan…luggage yg gedabak besar tuhh…ahahah
Kak yus & kak vin
Lepas je amek luggade, kitorg pegi ke
7-eleven kat airport tu utk beli T-money…utk kegunaan subway ngan segala
pengangkutan sepanjang kat korea ni…beli sorang 50,000won utk 13 hari…senang
beli siap-siap!!..hee..
Then, dari international airport kami
terpaksa pegi pulak ke Gimpo domestic airport utk ke destinasi seterusnya iaitu
Jeju Island..waktu berangkat dijangka pukul 1300pm
Tiket ke Jeju Island
Dan memandangkan kitorg sampai awal,
sampai-sampai je kat domestic airport tu kitorg pun lepak la minum pape yg
patut…hausss kot drag bag-bag besar ni haa…hee
Angel in us coffee
Tu diaa..hee…actually kedai kopi ni mmg
popular kat korea ni..mana-mana pegi mesti jumpa…2 jam gak la melepak kat kedai
kopi ni…siap tertido-tido kejap…sejuk jgn cerita la kann…sib baik tuan kedai
tak halau…hee
1jam sebelum depart kitorg check in…tak ramai
sgt org..jadi ahak memudahkan kitorg jugak la…proses pun lancar
je…alhamdulillahh…
Easter jet yg kitorg guna…flight tambang
murah..
Free 15kg pastu setiap lebihan kg 2000won
Check in semua beg…hee
Dalam kapal terbang…muka kepenatan..tp masih
boleh senyumm.. ;)
Oraittt guysss…………..kitorg lelap sekejap sblm
arrived Jeju Island…jumpa korang kat next chapter okay…aku cerita detail pasal
Jeju Island kat Part 2…korang tunggu aku tau,,ada banyak gambar-gambar cantik
kat sana…rugi kalau tak tunggu..hahahaha..poyo je kan…kbai guys..
Bersambungg…. #muahciked
No comments:
Post a Comment